Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hilang kepercayaan terhadap DAP

K. CHELVAM (tengah) bersama bekas ahli DAP menunjukkan nota bantahan
K. CHELVAM (tengah) bersama bekas ahli DAP menunjukkan nota bantahan terhadap kepemimpinan parti tersebut yang enggan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ketika sidang akhbar di Gemencheh, Negeri Sembilan, semalam. UTUSAN/ABD RAZAK AID

TAMPIN 17 Julai – Keengganan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) seperti yang diminta oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menyebabkan ramai ahli hilang kepercayaan terhadap parti.

Bekas Setiausaha DAP Cawa­ngan Ladang Regent, K. Chelvam berkata, ahli parti kini semakin faham sebab DAP tidak mahu mengadakan pemilihan baharu kerana Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng takut dikalahkan dengan teruk oleh Naib Pengerusi, Dr. Tan Seng Giaw.

“Kit Siang tidak ada kekuatan untuk bertanding menentang pengaruh Seng Giaw.

“Kami mahu pemilihan semula parti diadakan secepat mungkin dengan mengguna pakai senarai perwakilan pada 15 Disember 2012 yang melibatkan 2,576 ahli dari 865 cawa­ngan. Ada ramai ahli baharu yang mahu bertanding dalam CEC ini,” katanya dalam sidang akhbar di Gemencheh dekat sini hari ini.

Pada 7 Julai lalu, ROS dalam satu kenyataan menyatakan DAP perlu mengadakan pemilihan CEC yang baharu secara te­lus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota yang sah dan diiktiraf.

Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf boleh melantik pemegang jawatan utama parti mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan DAP.

Susulan itu pada 8 Julai lalu, DAP bertegas tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC dengan alasan parti telah berbuat demikian pada 29 September 2013.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain