NURAINIE HAZIQAH SHAFII
NURAINIE HAZIQAH SHAFII 

Ketuanya, Nurainie Haziqah Shafii berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjalankan siasatan terperinci dan siapa pun dalang serta pelaku di sebalik video seks itu perlu dihadap ke muka pengadilan tanpa kompromi.

Katanya, penyebaran video tersebut jelas berniat jahat serta bertujuan mahu menjatuhkan kredibiliti dan karier politik Mohamed Azmin, tetapi beliau yakin Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dapat mendepani tohmahan berkenaan.

“Kami mohon PDRM menjalankan siasatan yang terperinci berkenaan dakwaan ini. Siapapun pelaku atau dalangnya perlu dibawa ke muka pengadilan tanpa ada kompromi.

“Politik negara ini perlu dibersihkan dari cara yang jijik dan memualkan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Video aksi seks sejenis yang didakwa Mohamed Azmin mula disebarkan secara terancang pada Isnin lalu dan sebaik Timbalan Presiden PKR tersebut menafikan penglibatannya, video siri kedua, yang jauh lebih jelas pula disebarkan semalam.

Penyebaran itu dipercayai ada kaitan dengan persaingan politik dalaman PKR dan ramai pemerhati politik percaya ia adalah konspirasi tertinggi pucuk pimpinan parti berkenaan walaupun Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikannya.

Ini selepas, sudah menjadi rahsia umum yang PKR terbahagi kepada dua kem iaitu antara kumpulan Anwar dan Mohamed Azmin, selain cakap-cakap politik yang Menteri Hal Ehwal Ekonomi merupakan calon bakal Perdana Menteri walaupun perjanjian asal Pakatan Harapan adalah antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Anwar. - UTUSAN ONLINE