Pengerusi Pertama, Datuk Seri Dr. Mohd. Fareed Abdul Ghani berkata, perbuatan di dalam video tersebut ternyata bersalah namun penyebar video itu juga tidak bermoral.

Beliau berkata, penyebaran video tersebut adalah permainan politik paling kotor yang secara tidak langsung memberikan imej buruk kepada negara.

“Saya tidak menyangka kejadian ini boleh berlaku kerana kita sudah maju ke hadapan dan seharusnya lebih matang berpolitik.

“Dan apabila ada pengakuan daripada satu pihak maka siasatan terperinci harus dilakukan kerana individu yang dituduh dalam video itu adalah pemimpin yang diberikan kepercayaan oleh pengundi. Kami tidak mahu tertipu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penyebaran video dan dakwaan seorang lelaki bahawa dia melakukan hubungan sejenis dengan seorang menteri.

Mohd. Fareed berkata, persaingan politik di negara ini seharusnya dilakukan dalam keadaan yang sihat dan bukannya mengaibkan mana-mana pihak.

Tambahnya, mungkin ada cara yang lebih baik untuk mendedahkan salah laku pemimpin. - UTUSAN ONLINE