Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, kerajaan kini seharus­nya memfokuskan kepada penyampaian dan lupakan perkara lalu yang kini hanya tinggal sejarah.

Katanya, rakyat sudah mengetahui apa yang berlaku dan di atas sebab itu mereka mengundi untuk menyingkirkan kerajaan terdahulu.

“Enam bulan sudah cukup. Kini, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada menunaikan janji justeru adalah pen­ting bagi mereka untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Kerajaan juga harus memberi tumpuan kepada usa­ha menarik pelabur de­ngan mengembalikan keyakinan,” katanya kepada pembe­rita sempena Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2018 di sini hari ini.

Ditanya mengenai keupa­yaan barisan menteri baharu, Daim menggesa rakyat Malaysia memberi sedikit masa kepada kerajaan yang dike­tuai Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Moha­mad dan kabinetnya yang sedang be­kerja keras.

Beliau menambah, menteri baharu yang dilantik bukan calang-calang, kebanyakan mereka kelulusan daripada universiti luar negara.

“Orang ramai tidak sabar, mereka mengundi untuk perubahan dan mahu melihat keputusan dengan segera. Janji telah dibuat tetapi apabila kerajaan mengambil alih, tiba-tiba mendapati bahawa perbendaharaan itu kosong.

“Bagaimana mereka akan memenuhi janji-janji itu? Jadi ia akan mengambil masa,” katanya.