MOHD. NORHIESAM ISMAIL
MOHD. NORHIESAM ISMAIL 

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, kenyataan beliau supaya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan dalam subjek Sejarah adalah jelas sekali gus tidak berasas untuk menyalahkan media.

Tambahnya, Maszlee perlu berani mengakui kesilapannya dalam memberikan cadangan ‘bodoh’ itu dan meminta maaf, bukannya cuba menegakkan benang basah.

“Pemuda UMNO Nibong Tebal ingin menyarankan kepada Maslee janganlah sampai isu politik pun nak diheret dalam pendidikan. 

“Banyak hal lagi yang lebih utama dalam memperkasa dan memperbaiki sistem pendidikan yang dibawah kepimpinan Malaysia baharu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selepas menerima kritikan hebat ekoran cadangannya supaya isu 1MDB dimasukkan dalam sukatan mata pelajaran Sejarah, Maszlee bagaimanapun kemudiannya semalam mendakwa kenyataan beliau disalah tafsir media.

Dalam pada itu, Norhiesam berkata, Pemuda UMNO Nibong Tebal melahirkan kebimbangan sekiranya Kementerian Pendidikan terus diterajui Maszlee, masa depan anak bangsa berisiko hancur.

“Nasihat saya pada Maslee, berpijaklah pada bumi yang nyata. Sekarang anda bukan lagi pembangkang tetapi peneraju dan nakhoda kepada penentu hala tuju pendidikan negara masa kini,” katanya. – UTUSAN ONLINE