Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri Selangor takut kelemahan itu didedahkan oleh media arus perdana yang sekali gus boleh menjejaskan kedudukan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Media berperanan membuat laporan sebagai nadi rakyat. Anda boleh mengharamkan surat khabar atau boleh melarang orang daripada membeli surat khabar tetapi orang akan bercakap juga.

“Apa yang hendak ditakutkan dengan laporan Utusan Malaysia dan Berita Harian sekiranya mereka mempunyai kerajaan yang kuat? Kerajaan negeri Selangor takut kelemahan mereka terdedah dan didedahkan oleh media,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Arena Square Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) Kampung Kunci Air 4 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE