Dalam ucapan dasarnya, Tun Mahathir berkata, kerajaan gabungan empat parti itu akan menghalang rasuah secara tegas dan perasuah pula akan dikenakan hukuman penjara secepat mungkin mengikut undang-undang.

“Tidak akan ada sesiapa yang dikecualikan atau kebal. Mereka yang tiba-tiba kaya akan diziarahi oleh pegawai-pegawai baru dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka dapat menjelaskan punca kekayaan mereka,” katanya di sini hari ini

Umum mengetahui anak-anak Dr. Mahathir memiliki kekayaan luar biasa sehingga ada di antara anaknya yang memiliki kira-kira 488 syarikat.

Syarikat-syarikat tersebut antaranya dikenal pasti wujud semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sehingga kini masih ber­operasi dengan tender-tender kerajaan.

Bagaimanapun, sehingga kini bekas Perdana Menteri itu tidak menafikan perkara tersebut, sebaliknya sekadar memilih untuk berdiam diri.-UTUSAN ONLINE