HASNI
HASNI

Ketua UMNO Bahagian Pontian itu berkata, sudah tiba masa kepimpinan UMNO perlu dibarisi muka-muka baharu dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti.

“Kita perlu kembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan terus melakukan usaha agar parti diterima semula sekali gus menyemarakkan kembali semangat perjuangan kita,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Hasni menyertai UMNO pada 1989 dan memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian sejak 2001, menawarkan diri buat pertama kali untuk membarisi kepimpinan tertinggi parti. - UTUSAN ONLINE