Ketua Penerangannya, Nasrihat Turiman berkata, hanya jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian disandang oleh Datuk Mohd. Sumali Reduan yang juga Setia­usaha Kerja UMNO menggantikan Muhamadan Ahmad.

Beliau berkata, jawatan Setiausaha UMNO bahagian kini disan­dang Samat Tasrip, manakala Bendahari UMNO bahagian dipegang oleh Mohd. Khalid Ibrahim.

“Semua AJK UMNO bahagian turut mengangkat sumpah dan melafazkan ikrar taat setia kepada parti bersama-sama Ketua UMNO bahagian, Datuk Ir. Hasni Mohammad serta Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Ahmad Maslan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pertama di Dewan UMNO, di sini baru-baru ini.

Nasrihat berkata, AJK UMNO bahagian berkenaan turut dianggotai seramai enam golongan muda yang berumur bawah 40 tahun, sama ada yang dipilih dalam pertandingan parti atau secara lantikan.

“Mereka termasuk bekas Ahli Parlimen Belia, Mohd. Arifnaim Rosman, 23, yang merupakan AJK UMNO bahagian termuda selain Iskandar Selamat, Aizam Abd. Hamid, Sharulizan Zainal Abidin, Daeng Jaafar Daeng Saadon dan Sarina Daud,” katanya.

Katanya, Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baharu telah memberikan penekanan tentang pentingnya kesetiaan kepada parti dan terus bergerak sebagai sebuah pasukan demi perjuangan orang Melayu.

Menurutnya, kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak serta me­ngenal pasti punca-punca yang menyebabkan BN ditolak oleh pengundi dan rakyat.