Lim Guan Eng
Lim Guan Eng 

Namun, jumlah tersebut hanya merangkumi 11 bulan pertama 2018 kerana data untuk bulan Disember masih dalam proses pengumpulan.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, kerajaan tidak mengambil sebarang keuntungan daripada harga runcit produk petroleum dan tidak mengenakan cukai jualan terhadap RON95 atau diesel.

“Tuduhan yang mengatakan bahawa kerajaan telah mengenakan cukai jualan adalah palsu dan tidak berasas.

“Sebenarnya, kerajaan telah memberi subsidi petrol dan diesel pada bulan November walaupun pada kos yang lebih rendah berbanding bulan-bulan dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Guan Eng, jumlah subsidi yang diberikan kerajaan sepanjang Januari hingga November 2018 adalah sebanyak RM4,890.2 juta, manakala jumlah untuk subsidi RON95 pada November sahaja adalah sebanyak RM4.1 juta.

“Pada bulan yang sama, kerajaan telah membelanjakan RM209.1 juta untuk subsidi diesel. Minyak diesel bukan sahaja digunakan oleh sektor komersial dan perindustrian tetapi juga turut digunakan oleh orang ramai di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng kerap dikritik pemimpin pembangkang yang mendakwa kerajaan bukan memberi subsidi petrol, sebaliknya mengutipnya daripada rakyat kerana penetapan harga RON95 pada RM2.20 seliter walaupun harga minyak dunia jatuh mendadak sejak November. - UTUSAN ONLINE