Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, maklumat berkenaan diperoleh menerusi pemantauan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PKPDNHEP) negeri.

Katanya, pemeriksaan yang dilakukan oleh 65 pegawai itu melibatkan 431 premis basah, kedai runcit dan pasar raya di seluruh negeri.

“Daripada jumlah yang disebutkan, sebanyak 261 barangan berkadar sifar dan 156 barangan berkadar enam peratus bagi cukai barang dan perkhidmatan (GST)," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Menurutnya, pemantauan berkenaan dilakukan secara harian, mingguan dan bulanan.

Mengulas lanjut, Abdul Halim (PKR - Batu Maung) berkata, pejabat penguat kuasa turut melakukan pelbagai tindakan penguatkuasaan sejak awal tahun ini bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang.

“Antaranya termasuk Operasi Catut 4.0 yang bermula pada 1 Jun lepas, " katanya. - UTUSAN ONLINE