Menurut Khairy, meskipun menyertai blok pembangkang baharu iaitu Parti Gabungan Bersatu Sabah (PGBS), ia tidak bererti UMNO Sabah perlu keluar daripada parti.

“Pada pandangan saya, mungkin gabungan ini lebih kepada satu platform untuk mereka usahakan isu-isu berkaitan dengan Sabah.

“Tetapi ini tidak bermaksud bahawa UMNO Sabah perlu keluar daripada parti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor mengesahkan parti itu  menyertai PGBS yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Kata beliau, keputusan tersebut dibuat memandangkan BN Sabah telah kehilangan parti komponennya selepas beberapa parti tempatan mengumumkan keluar daripada gabungan itu sebelum ini.

Katanya, tiada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang akan meninggalkan parti sebaliknya UMNO akan menyertai PGBS sebagai salah satu komponen di dalamnya. - UTUSAN ONLINE