Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Harap PKR kekal jawatan

Mohd. Amar Nik Abdullah
MOHD. AMAR NIK ABDULLAH

KOTA BHARU 17 Mei - Kerajaan Pas Kelantan berharap semua wakil PKR sudi mempertimbangkan untuk kekal dengan jawatan lantikan politik masing-masing sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, peletakan jawatan setiap lantikan politik melibatkan ahli PKR di negeri ini tidak akan menjejaskan rentak pentadbiran kerajaan negeri.

Hal ini kerana kata beliau, jika mereka meletak jawatan sebagaimana diarahkan parti, kekosongan itu akan diisi oleh individu lain yang layak.

"Terserah kepada mereka, kita tak boleh halang jika mahu letak jawatan atau tidak.

"Tetapi kita juga mengalu-alukan jika ada mahu kekal sehingga tamat penggal atau sekurang-kurangnya hujung tahun ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Pas Kelantan di sini hari ini.

Malam tadi, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan keputusan parti itu mengarahkan semua lantikan politik pihaknya dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Naib Presiden Pas memberitahu, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana wakil PKR. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain