Wakil Gerakan Terengganu, Lua Yik Hor berkata, persepsi tersebut digunakan oleh DAP untuk memburuk-burukkan Gerakan sehingga masyarakat Cina terpe­ngaruh dengan dakwaan itu.

“Masyarakat Cina menyokong DAP kerana beranggapan DAP adalah parti dominan dengan kuasa sebenar dalam Pakatan Harapan.

“Kita boleh mengalahkan DAP dengan menghapuskan persepsi dalam kalangan masyarakat Cina bahawa Gerakan hanya mengikut suruhan UMNO,” katanya dalam sesi perbahasan Persidangan Perwakilan Nasional Ke-46 Parti Gerakan di Menara PGRM di sini hari ini.

Menurut Yik Hor, DAP juga mempunyai pelbagai kelemahan dan peluang tersebut perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menggunakan pendekatan menyerang parti itu bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap Gerakan.

“Sebagai contoh, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah berkuasa terlalu lama malah dia dan anak­nya Lim Guan Eng juga seorang diktator dalam parti tersebut.

“Perkara sebegini yang perlu diambil untuk menyerang DAP kembali kerana tidak semua menyokong Kit Siang dan anaknya,” kata beliau.