Malah, Nik Mohamad Abduh juga tidak akan menghiraukan tohmahan demi tohmahan yang dilontarkan sesetengah pihaknya khususnya PAN

yang seolah-olah meraikan kekalahan anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

“Biarlah yang lapar fitnah itu beraya (kekalahan Nik Mohamad Abduh) sekejap. Saya hanya bertanding sekadar suka-suka sahaja. Jawatan yang sudah ada ini (Ketua Dewan Pemuda Pas) pun sudah tidak larat hendak pikul,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Mohamad Abduh yang buat pertama kali bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa sesi 2017/2019 tewas kepada penyandang, iaitu Dr. Izani Husin dalam pemilihan di sini semalam.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu sekadar mendapat 37 undi manakala Izani memperoleh 209 undi.

Manakala Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah terus diberi kepercayaan menjadi Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa bagi sesi akan datang setelah menang tanpa bertanding. - UTUSAN ONLINE