tun m
 

Perdana Menteri menegaskan, polisi tersebut terpakai kepada anggota pentadbiran awam de­ngan melibatkan menteri sehingga setia­usaha politik, namun buat masa sekarang, dasar itu hanya menumpukan terhadap penjawat awam.

“Lepas ini kalau sesiapa hendak beri hadiah kepada saya, saya takut kepada Tan Sri (Abu Kassim Mohamed), saya tidak akan terima tetapi boleh bagi bunga, boleh bagi makanan, boleh bagi buah.

“Tetapi tidak lebih daripada itu, kita tolak semua kereta dan sebagainya, itu tidak boleh bagi, itu diputuskan juga untuk pegawai tinggi kementerian, tidak boleh terima sebarang hadiah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Me­ngenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di sini hari ini.

Dr. Mahathir turut meng­arahkan Jabatan Perdana Menteri melaksanakan polisi tidak terima hadiah dan amalan itu bukan sahaja membabitkan penerima tetapi juga pemberi hadiah.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pegawai kerajaan tidak dibenarkan memegang le­bih daripada lima jawatan dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

Perdana Menteri berkata, pihaknya juga tidak menggalakkan mana-mana pegawai tinggi kerajaan memegang dua atau tiga jawatan lain, namun perkara itu tidak dapat dielakkan.

“Ada satu pegawai memegang sehingga 68 jawatan dalam pelbagai syarikat, ini akan dikurangkan tidak lebih daripada lima,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, semua menteri, timbalan menteri serta setiausaha politik dikehendaki mengisytiharkan harta kepada Perdana Menteri dan maklumat itu akan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perdana Menteri tidak boleh sembunyikan maklumat anggota dan pegawai pentadbiran kerajaan,” katanya.