Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO itu berkata,  justeru, rakyat negara ini tidak mempunyai pilihan selain memilih BN pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kesinambungan keamanan dan kemakmuran negara.

"Jika kita mahu tiga elemen ini, kita tidak ada pilihan selain memantapkan sokongan  kepada BN dan menyokong calon-calon BN.

"Jadi bagi memastikan pembangunan terbaik negara kita berikan kemenangan mutlak kepada calon BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14,"katanya ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Raub di Dewan Titiwangsa, Kampus UiTM Raub di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE