Halimey menjelaskan, golongan tersebut yang kebanyakkannya tinggal di kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan pangsapuri kos rendah memerlukan perhatian kerana sering menghadapi pelbagai masalah termasuk gangguan kemudahan lif dan masalah bekalan air.

"Mereka menghadapi pelbagai masalah yang dipercayai berpunca daripada perbuatan vandalisme dan bagi mengatasi masalah tersebut saya mencadangkan agar pihak berkuasa memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan bermasalah.

"Sebagai contoh apabila lif rosak, warga emas, ibu mengandung dan pesakit kronik berdepan dengan kesulitan dan kita tidak mahu masalah ini berlarutan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

PRK DUN Seri Setia menyaksikan pertembungan di antara Ha­limey dan calon Pas, Dr. Halimah Ali selepas penyandangnya, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin dari PKR meninggal dunia akibat barah usus pada 2 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE