HAJAR ABDUL RAHMAN
HAJAR ABDUL RAHMAN

Beliau yang pernah melibatkan diri dalam pengurusan Kelab UMNO Boston di Amerika Syarikat (AS) menyeru semua ahli UMNO khususnya pergerakan wanita berganding bahu bersama-sama mengembalikan kegemilangan parti itu.

“Betulkan niat, bulatkan tekad. Mari kita bersama-sama mengembalikan maruah parti, memimpin dan dipimpin bersama satu tekad satu hasrat supaya perjuangan asal kita kembalikan,” katanya di sini hari ini.

Hajar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa Jurusan Kewartawanan Universiti Teknologi Mara, Sarjana Sains Komunikasi Antarabangsa di Universiti Boston, Massachusetts, dan Program Eksekutif Lanjutan Komunikasi di Universiti Harvard.

Beliau merupakan bekas Pensyarah Program Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM). - UTUSAN ONLINE.