Perkara itu diumumkan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa berucap pada dalam majlis pelancaran manifesto Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Seksyen 15, di sini malam ini.

Selain jawatan Perdana Menteri, Gabungan pembangkang itu turut mahu meminda semula proses pelantikan jawatan tertinggi kerajaan antaranya Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi pembentukan jawatankuasa pemilihan di peringkat Parlimen.

Pindaan pelantikan itu katanya turut melibatkan jawatan Panglima Angkatan Tentera.

Bagaimanapun, had jawatan Perdana Menteri selama dua penggal itu seolah-olah satu hipokrasi apabila kerajaan DAP di Pulau Pinang pada Mei 2016 dilaporkan menolak jawatan Ketua Menteri di Pulau Pinang dihadkan mengikut tempoh yang sama.

Malah, usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mengenai had jawatan tersebut turut ditolak Speaker DUN ketika itu. - UTUSAN ONLINE