Slug: PRU14 Mugshoot calonBENTONG 28 April 2018 - CALON BN N36
ADNAN YAAKOB

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, apa yang le­bih penting adalah negara ini yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum perlu mengekalkan keharmonian.

“Oleh kerana negara ini berbilang kaum, kita kena kekalkan keharmoniannya bagi mengekalkan kestabilan dan keamanan. Seterus­nya barulah kita akan dapat memikirkan perancangan masa hadapan.

“Cabaran masa hadapan memang begitu getir, negara perlu menyesuaikan diri di peringkat antarabangsa untuk sentiasa ke hadapan dan tidak ketinggalan. Oleh itu, kita perlu ada barisan kepemimpinan yang memahami keadaan semasa, intelektual dan rasional,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Bangunan Agrobank di Felda Chemomoi, Pelangai di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau yang bakal mempertahankan DUN Pelangai untuk penggal kelapan turut merasmikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Agrobank.

Dalam pada itu, Adnan berterima dengan penyediaan mesin ATM tersebut yang memudahkan orang ramai menjalankan urusan.

“Terima kasih kepada Agrobank kerana dengan adanya mesin ATM ini dapat memudahkan penduduk bukan sahaja dalam kalangan warga Felda di sini tetapi masyarakat dari kampung tradisional sekitar.

“Mereka tidak perlu lagi ke Triang dan Simpang Durian. Kemudahan mesin ATM telah menjadi isu sejak sekian lama dalam kalangan penduduk dan saya bersyukur ikhtiar kita selama ini berhasil,” katanya.