MUSA
MUSA

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, ini kerana kes itu digugurkan ketika perbicaraan sedang berlangsung manakala semua proses siasatan sudah dilengkapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sedangkan, kata beliau, terdapat kes tertentu membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum ini sudah dibawa ke peringkat pendakwaan sedangkan siasatannya oleh SPRM belum selesai dan masih berjalan.

“Ini memperlihatkan kepincangan yang ketara dalam sistem perundangan negara dan seolah-olah institusi kehakiman kini bukan lagi badan teratas dan melangkaui kepentingan politik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam turut mempersoal kemampuan dan kredibiliti Jabatan Peguam Negara yang lebih awal membuat kesimpulan akan kalah dalam kes rasuah membabitkan Guan Eng tersebut.

Katanya, perkara itu menimbulkan keraguan memandangkan perbicaraan kes berkenaan hanya berlangsung separuh jalan dan masih ramai saksi belum dipanggil untuk memberi keterangan.

“Tidakkah pengakuan ini memberi mesej yang salah kepada rakyat berhubung krebiliti Jabatan Peguam Negara dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka terutama dalam membanteras perbuatan salah laku di negara ini?” katanya. - UTUSAN ONLINE