Guan Eng berkata, Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di sini pukul 10 pagi esok.

Guan Eng yang diumumkan sebagai Menteri Kewangan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri ini yang memberi peluang kepada beliau menjadi Ketua Menteri selama 10 tahun. – UTUSAN ONLINE