Guan Eng berkata, Kerajaan Persekutuan sehingga kini belum mengumumkan jenis bantuan langsung kepada mangsa banjir walaupun telah meluluskan dana RM150 juta untuk projek tebatan banjir.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya memberitahu Kerajaan Persekutuan meluluskan RM150 juta untuk pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa III Lembangan Sungai Pinang.

“Bagaimanapun, masih belum ada pengumuman jenis bantuan segera dan langsung yang akan diberikan kepada Pulau Pinang sehingga kini," katanya dalam sidang akhabr di Dewan Undangan  Negeri (DUN) di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk  Seri Farizan Darus berkata, seramai 1,467 mangsa banjir masih ditempatkan di 15 pusat pemindahan banjir di seberang Perai Tengah (SPU) dan Seberang Perai Utara (SPU).

“Setakat pukul 10 pagi tadi, seramai 1,161 mangsa ditempatkan di sembilan pusat pemindahan di SPU manakala 306 mangsa di enam pusat di SPT," jelasnya. - UTUSAN ONLINE