Guan Eng yang juga Menteri Kewangan menyatakan persamaan itu ketika mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Jerman Ke Malaysia, Nikolaus Graf Lambsdorff semalam.

"Ini adalah cara terbaik "untuk menerangkan kepada rakan-rakan kita di Jerman yang tidak faham mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad kembali sebagai Perdana Menteri," kata beliau dalam catatan di Facebook.

Lambsdorff sebelum itu telah melakukan kunjungan hormat ke atas Guan Eng di pejabatnya di Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Menurut Guan Eng, antara perkara yang dibincangkan oleh beliau dan Duta Besar Jerman itu ialah usaha meningkatkan pendidikan vokasional Jerman di negara ini. - UTUSAN ONLINE