Wee Ka Siong
Wee Ka Siong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, sebagai Ketua Menteri yang bermaruah, Guan Eng sepatutnya bersikap jujur menjawab semua soalan yang dikemukakan itu demi kepentingan awam.

Walau bagaimanapun, katanya, Guan Eng cuba berdalih dengan menjawab soalan menggunakan kenyataan yang bercanggah daripada penjelasannya sebelum ini.

“Guan Eng mendakwa saya menuduh Zenith Construction Sdn. Bhd. mendapat projek itu menggunakan saluran yang tidak betul dan berkata bahawa kontrak itu merupakan tender terbuka sedangkan saya mempersoalkan mengapa syarikat yang diperbadankan pada 22 Ogos 2011 itu dijemput menghadiri pra-kelayakan permohonan cadangan (RFP) pada 14 November tahun sama.

“Jika Guan Eng mengandaikan bahawa kedua-dua peringkat RFP ini dianggap terbuka, sila nyatakan butir-butir dan juga minit-minit mesyuarat keseluruhan proses RFP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE