PULAU PINANG MAC 2016 - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
LIM GUAN ENG

Perkara itu diakui sendiri Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang turut mengesahkan perjanjian dengan Island Hospital Sdn. Bhd. bagi pembinaan hospital swasta tersebut tidak dibuat menerusi tender terbuka.

Jelas beliau, per­kara itu meman­dang­kan syarikat ber­­kenaan adalah pe­labur bereputasi dan dianggap sebagai pelaburan daripada syarikat multinasional (MNC).

“Perjanjian itu dimeterai tahun lalu dengan premium tanah RM30 juta sudah dibayar sebagai deposit,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yan Lee
YAN LEE

Sebelum ini, pelbagai pihak antaranya pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan status tanah milik kerajaan negeri itu yang didakwa sudah terlepas ke tangan pemaju.

Penasihat Chant, Yan Lee berkata, pi­haknya dimaklum­kan mengenai ca­da­ngan projek pem­bangunan komer­sial di tanah itu, namun mendapati tiada hebahan awam dibuat kerajaan negeri sedangkan tanah tersebut merupakan tanah milik rakyat.

Dalam masa sama, Yan Lee mendesak Guan Eng mendedahkan harga pelepasan tanah itu memandangkan lokasinya di kawasan strategik iaitu di tengah-tengah pusat bandar dengan harga sekaki persegi boleh mencecah RM1,000.

Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini dibidas banyak pihak kerana didakwa mengambil pendekatan menjual tanah milik kerajaan negeri kepada pemaju untuk dibangunkan projek komersial dalam mengaut keuntungan segera dan berlipat kali ganda.