Mereka lebih gemar membicarakan soal yang lebih dekat dengan sekeliling. Saban hari isu kenaikan harga ba-rangan keperluan harian, sentiasa melingkari kehidupan mereka - Tidak pernah berhenti.

Malah dikatakan kenaikan kesemua barangan keperluan ini adalah disebabkan oleh cukai barang dan perkhid-matan (GST). Hari-hari penduduk kampung ‘dimomokkan’ oleh dakwaan seperti itu.Jelas beliau, GST adalah satu cara untuk ‘mengambil’ hasil kekayaan dimiliki orang kaya lalu kemudian diagih-agihkan kepada si miskin. Dan wang ihsan diterima mereka itulah antara milik si kaya. Begitu juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Cuba pergi berjumpa mana-mana hartawan untuk meminta bantuan pendidikan anak, nescaya mereka tidak akan memandang walau sebelah mata walau adik-beradik. Namun tanpa mereka sedari, ada anak-anak orang kampung yang dibiayai pengajian universiti mereka dengan subsidi. Malah rata-rata mahasiswa kini dibiayai kerajaan dengan subsidi sehingga RM50,000 seorang.

Mengikut rekod, sebanyak RM42 bilion berjaya dikutip kerajaan hasil pelaksanaan GST, yang sebelum itu gagal dikesan ekoran banyak syarikat mengelak daripada membayarnya.

Begitu pun dengan mengambil kira orang miskin, kerajaan mengecualikan sebanyak 600 barangan keperluan harian daripada GST, antara negara yang paling banyak memberi pengecualian daripada 164 buah negara yang mengamal-kan sistem percukaian itu.

Justeru jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang untuk memenangi PRU-14. Lainlah jika hari-hari anda makan ‘steak’ di hotel yang sudah tentu akan dikenakan GST. - UTUSAN ONLINE