Tuntutan itu dibangkitkan oleh Pengarah Pilihan Raya Wanitanya, Haniza Talha yang mana beliau mahu kepimpinan gabungan pembangkang itu tidak menganggap golongan itu hanya sekadar jentera parti semata-mata. 

“Kita mahu dikuatkuasakan tindakan afirmatif bagi memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan penyertaan wanita dalam peringkat pembuat keputusan dalam politik dan kerajaan. 

“Golongan wanita adalah rakan kongsi dalam bangunkan parti gabungan (pembangkang) ini. Beri kami peluang tersebut kerana kami ada keupayaan. Jangan hanya suruh kami buat kerja sahaja,” katanya. 

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR Selangor itu ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini. 

Yang hadir sama dalam konvensyen itu ialah Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Presiden gabungan pembangkang itu, Lim Guan Eng. - UTUSAN ONLINE