NAZIR HUSSIN
NAZIR HUSSIN

Perkara itu disuarakan oleh Exconya, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin yang menzahirkan rasa hairan kenapa kerajaan tadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membatalkan projek perumahan mampu milik sedangkan itu merupakan antara `janji’ yang kononnya dilaung-laungkan sebelum ini.

Nazir Hussin melontarkan gesaan itu kerana khuatir sekiranya pembatalan projek tersebut ada kena mengena dengan pengambilalihan tanah oleh syarikat perumahan besar untuk pembangunan projek perumahan mewah yang tidak mampu dibeli rakyat.

“Ini sudah berlaku di Pulau Pinang di bawah kepemimpinan DAP.

“Habis semua tanah-tanah rumah penduduk setinggan diroboh dan dihalau tanpa perikemanusiaan demi mencapai hasrat kepemimpinan DAP untuk membina rumah-rumah mewah jenis kondominium yang mampu dibeli segelintir rakyat sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE