Sambil menyindir Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Liang Teck Meng berkata, rekod itu jauh berbeza dengan pemerintahan sekarang.


“Sekarang mana-mana pun rasuah dan berlaku penyelewengan kuasa, daripada pembelian rumah banglo hinggalah kepada pembinaan terowong dasar laut,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti Gerakan di sini hari ini.


Teck Meng yakin sudah tiba masanya penduduk Pulau Pinang untuk membuat penilaian sendiri berdasarkan kepimpinan dibawah rejim Guan Eng bagi dua penggal. -UTUSAN ONLINE