Pengerusinya, Datuk David Ang Chin Tat berkata, perpaduan dan kekuatan parti yang kukuh akan membantu dalam mencapai kejayaan itu.

“Kejàyaan dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar pada tahun lepas memberi dorongan dan kekuatan kepada kita kerana menunjukkan rakyat kembali menyokong BN.

“Justeru, kekuatan ahli kita kira-kira 20,000 orang perlu diperkukuhkan dan digerakkan untuk terus memenangi hati rakyat,” katanya dalam Persidangan Perwakilan Negeri Selangor parti itu di Bandar Utama dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE