Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, walaupun umum sedia maklum perkara itu, pendedahan berkenaan perlu kerana ia fakta yang sahih selain mahu memberi pengajaran kepada pendudk Sabah untuk menolak pemimpin yang telah diberi amanah namun gagal melaksanakannya.


Tegas beliau, pendapatan terhad kerajaan negeri Sabah yang mempunyai keluasan yang hampir menyamai sembilan buah negeri ternyata tidak mampu untuk membangunkan kemudahan infrastruktur rakyat tanpa bantuan secara langsung daripada Kerajaan Pusat.


Justeru, kata beliau, atas sebab itulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Mohd. Shafie di KKLW bagi mewakili rakyat Sabah termasuk Sarawak untuk mengatasi masalah infrastruktur berkenaan.


“Tetapi malangnya Mohd. Shafie telah dilihat telah gagal membantu rakyat Sabah walaupun berasal daripada Sabah.


“Andaian bahawa kenapa perkara-perkara ini tidak disentuh dan disebut semasa Mohd. Shafie masih lagi memegang jawatan portfolio Menteri KKLW turut disangkal memandangkan wujud bukti dan rekod bahawa GAUM sendiri pernah beberapa kali pernah mempersoalkan dan mendesak beliau melalui akhbar semasa beliau masih lagi memegang jawatan menteri di KKLW.


“Persoalannya adalah mengapa kerajaan negeri Sabah tidak dilibatkan secara langsung bagi mengenal pasti apakah projek infrastruktur yang mendesak untuk kehendak rakyat di Sabah yang melibatkan jalan raya, elektrik dan bekalan air bersih,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.


Jelas Zulkarnain, apa yang lebih menghairankan adalah tidak lama selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan menteri, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan menubuhkan satu jawatankuasa bertindak dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.


“Ini bagi menyelaraskan projek infrastruktur dan mengenal pasti projek mendesak demi kebaikan seluruh rakyat Sabah yang tidak pernah dibuat oleh Mohd. Shafie,” kata Zulkarnain. - UTUSAN ONLINE