Najib berkata, pada Khamis lalu harga minyak sawit mentah menyusut bagi hari kesembilan berturut-turut dengan harga kini adalah RM2,300 setiap tan.

Katanya, turut dilaporkan eksport minyak kelapa sawit bagi 10 hari pertama bulan Jun jatuh sehingga 20 peratus berbanding tahun lalu.

“Salah satu faktor kepada kejatuhan ini adalah ekoran tindakan kerajaan mengenakan cukai lima peratus terhadap eksport minyak kelapa sawit dan penganalisis pasaran berkata ia adalah faktor utama penyusutan permintaan dan penurunan harga.

“Cukai eksport ini diteruskan pada lima peratus pada bulan Julai dan seterusnya,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Menurut Najib, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah menggantung cukai berkenaan bagi empat bulan pertama tahun ini dalam memastikan pendapatan pekebun kecil tidak terjejas dan pasaran minyak kelapa sawit Malaysia terus berdaya saing dan kompetitif di pasaran antarabangsa. - UTUSAN ONLINE