Daripada jumlah kerusi tersebut, Gagasan Sejahtera negeri meletakkan 46 calon lelaki dan lima wanita termasuk seorang calon bukan Islam daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas, R. Kumutha untuk merebut kerusi DUN Johor Jaya.

Mengikut pembahagian calon yang diletakkan, 60 peratus daripadanya golongan profesional, 15 peratus golongan ulama dan selebihnya aktivis parti.

Gagasan Sejahtera Johor akan bertanding di Parlimen Segamat, Labis, Pagoh, Ledang, Muar, Parit Sulong, Batu Pahat, Simpang Renggam, Tebrau dan Pasir Gudang.

Kerusi Parlimen yang turut ditandingi ialah Bakri, Ayer Hitam, Sri Gading, Kluang, Mersing, Tenggara, Pulai, Kulai, Pontian dan Tanjung Piai.

Kerusi DUN yang ditandingi Gagasan Sejahtera ialah Jementah, Pemanis, Tenang, Bukit Kepong, Bukit Pasir, Gambir, Serom, Simpang Jeram, Bukit Naning, Maharani, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Yong Peng, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja, Penggaram, Senggarang dan Rengit.

Gagasan Sejahtera turut bertanding di Machap, Layang-layang, Mahkota, Endau, Tenggaroh, Panti, Pasir Raja, Johor Lama, Tiram, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Permas, Larkin, Perling, Kempas, Kota Iskandar, Bukit Permai, Bukit Batu, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.

Pengumuman calon kerusi Parlimen dan DUN dibuat oleh Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Husin pada Majlis Pengisytiharan Calon Gagasan Sejahtera Johor Darul Ta’zim di Hotel New York, di sini sebentar tadi.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed akan bertanding di DUN Gambir menentang Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala anaknya, Ahmad Nawfal akan menghadapi Muhyiddin di Parlimen Pagoh.

Pada PRU-13, Pas Johor bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 30 DUN. 

Senarai calon Gagasan Sejahtera Johor

PARLIMEN:

1. KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL - P140 SEGAMAT 

2. DATUK SARCHU SAWAL P142 LABIS 

3. AHMAD NAWFAL MAHFODZ  P143 PAGOH 

4. RUSMAN KEMIN P144 LEDANG 

5. ZARUL @ MOHAMMAD ZAHRUL SALLEH P145 BAKRI 

6. ABDUL AZIZ TALIB  P146 MUAR 

7. AHMAD ROSDI BAHARI P147 PARIT
SULONG 

8. MARDI MARWAN  P148 AYER HITAM 

9. M. ASH 'ARI SIDON PI49 SRI GADING 

10. DATUK DR. MAHFODZ MOHAMED P150 BATU PAHAT 

11. MOHD. JUBRI SELAMAT PI51 SIMPANG RENGGAM 

12. MUHAMMAD HASBULLAH MD NAJIB P152 KLUANG 

13. A. RAHMAN A. HAMID P154 MERSING 

14. YUHANITA YUNAN P155 TENGGARA 

15. ABDULLAH HUSIN P158 TEBRAU 

16. AB. AZIZ ABDULLAH P159 PASIR GUDANG 

17. DR. MOHD MAZRI YAHYA P161 PULAI 

18. JUWAHIR AMIN P163 KULAI

19. DR. BAHAROM MOHAMAD P164 PONTIAN

20. NORDIN OTHMAN P165 TANJUNG PIAI


DUN:

1. KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL N02 JEMENTAH

2. NORMALA SUDIRMAN N03 PEMANIS

3. NASHARUDIN AWANG N05 TENANG

4. MUHAMAD NUR IQBAL ABD RAZAK N07 BUKIT KEPONG

5. NAJIB LEP N08 BUKIT PASIR

6. DATUK DR. MAHFODZ MOHAMED N09 GAMBIR

7. MUSTAFFA SALLEH N11 SEROM

8. DR. MOHD MAZRI YAHYA N13 SIMPANG JERAM

9. AZMAN IBRAHIM N14 BUKIT NANING

10. DR. MOHAMMAD TASLIM N15 MAHARANI

11. CHEMAN YUSOH N16 SUNGAI BALANG

12. ADNAN OTHMAN N17 SEMERAH

13. SALLEHUDIN AB RASHID N18 SRI MEDAN

14. MUHAMMAD ABDULLAH N19 YONG PENG

15. MOHD. BAKRI SAMIAN N20 SEMARANG

16. NASIR ABDULLAH N21 PARIT YANI

17. ABDUL HADI HARUN N22 PARIT RAJA

18. MISRAN SAMIAN N23 PENGGARAM

19. DR. MOHD. RAMLI MD KARI N24 SENGGARANG

20. MOHD. TUMIRAN AHMAD N25 RENGIT

21. AZLISHAM AZHAR N26 MACHAP

22. MOHD. JUBRI SELAMAT N27 LAYANG-LAYANG

23. MUHAMMAD HASBULLAH MD NAJIB N29 MAHKOTA

24. ROSLAN NIKMAT N32 ENDAU

25. A. RAHMAN A. HAMID N33 TENGGAROH

26. MOHD. NAZARI MOKHTAR N34 PANTI

27. BAHRIN [email protected] N35 PASIR RAJA

28. SITI ZAHARAH OTHMAN N37 JOHOR LAMA

29. AZMAN ATMIN N40 TIRAM

30. ABDULLAH HUSIN N41 PUTERI WANGSA

31. R. KUMUTHA N42 JOHOR JAYA

32. AB AZIZ ABDULLAH N43 PERMAS

33. ZAKIAH TUKIRIN N44 LARKIN

34. MUHAMAD NAZRIN IHSAN N46 PERLING

35. DZULKIFLI SULEIMAN N47 KEMPAS

36. SALLEHUDDIN MOHD. DAHIRAN N49 KOTA ISKANDAR

37. ABD. AZIZ JAAFAR N50 BUKIT PERMAI

38. JUWAHIR AMIN N51 BUKIT BATU

39. MOHD. FIRDAUS JAFFAR N53 BENUT

40. DR. BAHAROM MOHAMAD N54 PULAI SEBATANG

41. DR. KARIM DERAMAN N56 KUKUP - UTUSAN ONLINE