Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari hari ini.

Amiruddin bagaimanapun berkata, keputusan itu dibuat atas kebenaran kerajaan negeri dan selepas dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Pemberian kontrak secara langsung kepada Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional Malaysia (Pusaka) juga berdasarkan rekod pencapaian dan pengalaman mereka.

“Pemberian kontrak itu juga dilakukan secara betul dan telus,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Su_ngai Besar, Budiman Mohd. Zohdi menyifatkan pemberian kontrak itu amat meragukan lebih-lebih lagi NGO terbabit dikatakan bukanlah benar-benar sebuah NGO kebudayaan.

Budiman mendakwa Pusaka ialah sebuah syarikat yang berstatus sendirian berhad dan nama pengarah dan pemegang saham syarikat yang mempunyai modal berbayar RM2 itu difahamkan adalah milik kurator utama festival berkenaan yang dikenali sebagai Eddin Khoo.

Amiruddin dalam pada itu turut menafikan dakwaan Budiman yang menyatakan penganjuran festival berkenaan turut gagal apabila difahamkan tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

“Dia tidak datang langsung jadi tidak payah komen. Setakat kutip daripada maklumat cabuk baik tidak payah,” ujarnya.