PH mencalonkan Dr. S. Streram sementara BN mencalonkan penyandang kerusi itu sebelum ini yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dua lagi calon bertanding atas tiket Bebas iaitu, suri rumah, R. Malarvizhi, 51 dan bekas pensyarah, Mohd. Nor Yassin, 67.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus PRK Rantau, Mohd. Nizam Tajul Arus di Pusat Penamaan Calon, Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE