Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, tempoh empat jam itu amat getir dan perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menerangkan kepada rakyat mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial mengenai kerajaan atau pemimpin parti.


“Kita kena pantas kerana kitaran berita media sosial bukan 12 jam kerana kita ada maksimum empat jam untuk beri maklum balas terhadap sesuatu isu.


“Tempoh untuk rakyat negara ini beri tumpuan terhadap sesuatu isu pendek, hari ini mereka kecam saya esok mereka kecam Datuk Mat (Ahmad Maslan) pula.


“Kalau kita gagal tangani isu di media sosial dalam tempoh empat jam maka kita dikira gagal dalam peperangan di alam siber,” katanya ketika berucap 
katanya ketika berucap dalam Konvensyen Media Sosial UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE