Sebaliknya, rasa lega yang dizahirkan kerana akhirnya rakyat dapat menilai sendiri pendirian pertubuhan atau badan pemikir seperti IDEAS yang kononnya cuba ditonjolkan sebagai entiti bebas serta non-partisan.

Namun hakikatnya, Wan Saiful yang sebelum ini merupakan ahli seumur hidup Pas sendiri berpihak kepada pembangkang, sekali gus menimbulkan keraguan wujudnya unsur bias terhadap hasil kajian dan dapatan badan pemikir itu.

Timbul persoalan sama ada badan seperti IDEAS ini merupakan alat pembangkang yang bersembunyi atas nama kebebasan untuk mempengaruhi rakyat.

Bagaimanapun, IDEAS bukanlah satu-satunya badan atau pertubuhan yang sebelum ini disyaki menjadi alat kepada pembangkang.

Beberapa pertubuhan terkemuka seperti Bersih 2.0 dan Majlis Peguam juga dilihat cen­derung kepada pembangkang, walaupun mereka menguar-uarkan kononnya bersifat non-partisan.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah merupakan satu lagi contoh. Difahamkan beliau bakal mengumumkan untuk ber­tanding dalam PRU-14 sebagai calon bebas Pakatan Harapan diketuai DAP.

Keputusan Maria Chin itu, sama seperti Wan Saiful membuktikan bahawa pertubuhan-pertubuhan diwakili mereka yang sebelum ini didakwa ko­nonnya bebas daripada agenda politik tetapi hakikatnya cende­rung menyokong parti pembangkang.

Sebagai pemimpin gerakan Bersih 2.0, Maria Chin sering membangkitkan isu kononnya sistem pilihan raya negara tidak adil, berlaku penipuan dan sebagai­nya. Namun kali ini dikhabarkan beliau sendiri menawarkan diri mahu menjadi calon pilihan raya untuk Pakatan Harapan diketuai DAP.

Disebabkan itu, tidak hairan setiap kajian, dapatan atau ke­nyataan yang dikeluarkan oleh pertubuhan itu galak mengkritik kerajaan secara keterlaluan, seolah-olah tiada apa perkara baik dilakukan oleh kerajaan.

Jadi, adalah lebih baik pe­mimpin pertubuhan atau badan bebas seperti Wan Saiful dan Maria Chin ini menzahirkan secara terang kecenderungan politik mereka ke arah parti pembangkang.

Bukan apa, lebih mudah untuk setiap rakyat menilai. Tidaklah rakyat terpengaruh dengan hasil kajian, dapatan atau kenya­taan yang bersifat bias kete­r­laluan memihak kepada parti pembangkang.