Mahfodz Mohamed
Mahfodz Mohamed

Dua tahun lalu, dia mengkritik kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang disifatkan sebagai bertentangan dengan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum itu pun, Zairil men­dakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan golongan konservatif aga­ma. Antara lain kononnya untuk memastikan orang Melayu terus bergantung kepada perlindungan ‘Putrajaya’ (kerajaan) melalui tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap ideologi sekular dan liberal.

Tapi yang tak tahannya apabila Zairil mengeluarkan kenyataan terbaharunya menyelar Pas. Boleh pula dia mempersendakan parti itu sebagai ‘mahu menjadi parti politik atau parti tabligh’. Dakwanya, Pas le­bih berminat ber­­cakap menge­nai keredaan Allah berbanding kemenangan pilihan raya sebagai pertimbangan strategi.

Mana tidak melenting pemimpin-pemimpin kanan Pas.

Yang menariknya lagi kenyataan Zairil itu dikeluarkan ketika dia menyifatkan dakwaan terhadap dirinya menari dengan seorang wanita sebagai mengarut.

Video 15 saat yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki berkaca mata menari dengan seorang wanita.

Namun dalam menjawab tindak tanduk individu seperti Zairil yang mencerca Pas, jawapan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dianggap ‘statement paling win’ (kata orang muda sekarang):

“Hidup di dunia ini tidak kekal selama-lamanya kerana mempunyai kesinambungan di akhirat. Hakikatnya orang Islam dalam DAP pun mesti faham, iaitu kehidupan seseorang kena percaya pada Rukun Iman.”

Ya, Zairil mengakui dalam komennya mengenai video menari berkenaan bahawa ‘setiap hari pasti ada cerita tentang saya, tidak pernah berhenti’.

Tetapi janganlah lagi ‘setiap hari’ keluarkan kenyataan mengarut. Kelak disalah anggap seolah-olah tidak selari dengan Islam.

Bila difikir-fikirkan, elok jugalah Melayu DAP ini ditarbiah oleh Pas.

Aktivis LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender), Siti Kasim pula bagaimana?