Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, beliau secara peribadi berasa gembira dengan keputusan diambil Mahfuz dan menyifatkan duri telah tercabut dari daging Pas.

"Saya ucap tahniah kepada Mahfuz Omar kerana menjadi anak jantan dan bukan lagi pondan Siam.

"Saya percaya Pas Pokok Sena secara khusus akan menjadi lebih kukuh dan lebih fokus dalam mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)," katanya menerusi aplikasi Whatsapp, hari ini.

Mahfuz yang bersama dengan parti tersebut sejak 34 tahun lalu mengumumkan keluar daripada Pas dalam satu sidang akhbar berkuat kuasa pada malam ini.

Beliau berkata, pada masa ini, beliau belum putuskan untuk menyertai sebarang parti politik sehingga selesai tempoh bertenang bagi dirinya.

Mengulas lanjut perkara itu, Mohd. Amar berkata, beliau percaya Mahfuz dan mereka yang sejenis dengannya akan tinggal sejarah dalam politik tanah air. - UTUSAN ONLINE