Perkara itu diumumkan oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdulah Ya'kub selepas majoriti ADUN mengundi bersetuju dewan tersebut melucutkan kelayakan Mat Yusoff.

Katanya, berdasarkan persetujuan itu, dewan memukmadkan bahawa Mat Yusoff adalah tidak layak sebagai ADUN mengikut Perkara 31 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh kerajaan Kelantan.

"Setelah mendapat undian 32 ADUN yang sokong usul ini, saya dengan ini mengisytiharkan Mat Yussof adalah tidak layak menjadi ADUN dan kerusi Nenggiri kosong bermula pada hari ini," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan mengemukakan cadangan kepada dewan untuk memuktamadkan kelayakan Mat Yussof. - UTUSAN ONLINE