Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, program tersebut merupakan inisiatif pihaknya dan persatuan penduduk untuk membantu orang ramai yang kini mula tertekan dengan harga barang keperluan yang semakin meningkat.

“Kita tidak boleh terus bercakap tanpa sebarang usaha membantu rakyat membeli barang keperluan dengan harga berpatutan.

“Harga barangan makanan seperti ikan, ayam, beras dan gula kita jual dengan harga rendah daripada harga pasaran. Hampir dua tan ikan dan ayam berjaya dijual hari ini,” katanya selepas program tersebut di sini, hari ini.

Yang hadir sama ialah Pengerusi Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Wan Indra Putra Ahmad.

Kira-kira 300 orang mengunjungi program berkenaan yang menjual ikan seperti cencaru, mambong, sardin dan siakap.

Azhari menambah, pihaknya akan meneruskan program sedemikian pada masa depan. - UTUSAN ONLINE