Mereka ialah Naib Ketua AMK, Mohd. Nazree Mohd. Yunus dan Naib Ketua Wanita, J. Sangeetha.

Menurut mereka, proses pelantikan tersebut perlu kembali berpandukan asas demokrasi yang telus, adil serta selaras dengan hasrat akar umbi PKR.

"Pemilihan PKR yang baru berlalu merupakan suatu referendum ahli yang jelas menyatakan aspirasi mereka mengenai corak kepimpinan dan masa depan parti yang ingin dilakar.

"Kita harus insaf dan sedar bahawa suara ahli dan akar umbi PKR adalah keutamaan demi memperkukuhkan parti," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, Mohamed Azmin Ali meminta Anwar supaya meneliti semula pelantikan jawatan utama kepemimpinan parti.

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, pelantikan yang menyusul selepas pemilihan parti perlu mengambil kira pandangan akar umbi dalam semangat musyawarah dan saling menghormati demi mengembalikan perjuangan parti ke landasan yang sebenar.

Mohamed Azmin berkata, beberapa individu yang dinamakan juga terlibat secara langsung dalam proses pemilihan yang tidak telus dan menyebabkan punca perpecahan dalam parti. - UTUSAN ONLINE