Perdana Menteri selama 22 tahun itu turut mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berlaku adil dan akan berpihak kepada Najib dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah, demi menarik sokongan, beliau membuat andaian sendiri yang tidak logik kononnya tiada lagi pilihan raya umum selepas ini jika Najib yang memimpin BN memenangi PRU-14.

“Ini kali terakhir PRU-14 kalau Najib menang tidak ada lagi Pilihan Raya Umum Ke-15 dan Pilihan Raya Umum Ke-16 kerana tiada lagi parti lawan,” katanya dalam ceramah sempena pengumuman calon-calon PAN negeri di sini malam ini.

Yang hadir sama Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. - UTUSAN ONLINE