Pandangan itu dilontarkan Ke­tua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang percaya DAP di bawah pengaruh Lim Kit Siang melihat elemen nostalgia Dr. Mahathir terhadap orang Melayu mampu menjadi senjata meme­cah-belahkan kaum majoriti itu.

“DAP tahu dalam percaturan po­litik negara, mereka kuat satukan kaum Cina dan mencari jalan untuk memecahkan orang Melayu.

“Jadi, DAP tolak Dr. Mahathir ke depan, pemimpin mereka se­perti Kit Siang pula guna elemen nostalgia Dr. Mahathir untuk pe­cahkan undi Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Sembang Utusan Online di Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Annuar ditemubual Pe­ngarang Media Baharu Utusan Ma­laysia, Marhaini Kamaruddin manakala Pengarang Berita Media Baharu Utusan Malaysia, Borhan Abu Samah sebagai pemudah cara.