Mohamed Nazri Abdul Aziz
Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Dr. Mahathir yang memilih untuk menjadi pejuang jalanan dan berkelakuan seperti samseng.

Katanya, rakyat tidak lagi memandang bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang negarawan kerana Dr. Mahathir sendiri yang tidak mahu menunjukkan sikap sebagai negarawan.

“Dia memintanya. Dia mahu menjadi pejuang jalanan dan dia mahu berkelakuan seperti gengster.

“Dia tidak mahu berkelakuan seperti seorang negarawan dan itulah yang dia dapat,” katanya kepada pemberita selepas meras­mikan muzium lilin interaktif i-City, Red Carpet 2 di sini hari ini.

Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan memberitahu, beliau tidak terkejut dengan tuduhan pembangkang kononnya kekecohan dalam forum yang dianjurkan oleh Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dicetuskan oleh UMNO.

“Ya, semuanya ada kaitan de­ngan UMNO. Besok, jika seseorang mati, ini juga ada kaitan dengan UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata, beliau menyokong tindakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk turut menganjurkan Forum Nothing To Hide 0.3.

“Kenapa tidak, jika mereka (pembangkang) boleh buat, kenapa Jamal tidak boleh buat. Apa istimewanya pembangkang,” soalnya.