Ahli Majlis Terting­gi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ini berikutan jawapan Dr. Mahathir berhubung tragedi ber­darah Memali yang mungkin menyentuh sensitiviti peserta forum tersebut.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pi­hak pembangkang tidak perlu menuding kepada parti peme­rin­tah berikutan kekecohan pada forum anjuran Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ber­kenaan.

“Penganjur sendiri hendak buat Nothing To Hide 2.0. Jadi, apa insiden yang berlaku itu adalah di atas tanggungjawab mereka sendiri.

“Dalam masa sama, Dr. Mahathir bertanggungjawab ke atas insiden kekecohan kerana mungkin jawapan beliau tentang Memali itu ada kaitan dengan orang atau keluarga yang terlibat dalam peristiwa berkenaan. Peristiwa Memali telah menyebabkan kematian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandi­ngan Koir Antara Bahagian Sempena Bulan Kemerdekaan 2017 di sini hari ini.

Sehubungan itu Mahdzir mahu pihak penganjur mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan berhenti me­nuding jari kepada pihak lain.

Malah katanya, program tersebut sepatutnya tidak perlu dianjurkan namun Dr. Mahathir dilihat tetap mahu mengambil peluang untuk bercakap soal politik sehingga menyebabkan insiden berkenaan tercetus.

“Kita kutuk perbuatan (yang menyebabkan kekecohan) itu tetapi jangan menyalahkan orang lain dan parti kerajaan. Biar pihak polis siasat perkara itu,” katanya.

NOH OMAR
NOH OMAR

Di IPOH, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar menyelar sikap Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang cepat me­nuding jari kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kekecohan tersebut.

Noh mendakwa, tuduhan melulu oleh Timbalan Presiden PKR itu tanpa sebarang siasatan dimulakan, sekali gus menunjukkan sikap sebenar pembangkang yang di­sifatkannya sebagai ‘berpisah tiada’ de­ngan fitnah.

“Yang kecoh itu masalah mereka. Namun, saya ingatkan dalam PKR, hanya Rafizi Ramli yang digelar sebagai raja fitnah. Menteri Besar Selangor pula boleh membuat satu kesimpulan mengenai perkara yang belum lagi disiasat tetapi sudah menyalahkan Datuk Seri Najib. Ini adalah perangai dan sikap pemimpin pembangkang. Apa juga yang berlaku dalam negara, kalau salah sahaja, dia akan salahkan kita. Cukup-cukuplah hendak menghasut rakyat tetapi apa juga kesilapan sendiri, dia tidak boleh terima.

“Urus rumah tidak reti, urus sampah tidak reti, urus Projek Perumahan Rakyat (PPR) tidak reti, urus air pun tak reti, uruskan pasukan bola sepak pun tidak reti. Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) juga dianaktirikan. Stadium kerajaan negeri di Shah Alam begitu cantik, tetapi FAS tidak boleh main, apa pu­nya sikap Menteri Besar macam ini,” katanya.

Habis