Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan itu merupakan prosedur biasa yang dilakukan LHDN yang mana tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak.

“Pemuda UMNO Kedah yakin dan percaya pihak berkuasa sedang menjalankan tugas mereka dengan telus dan penuh professional tanpa mengambil kira sentimen tertentu.

“Atas prinsip, berani kerana benar maka Pemuda UMNO Kedah menggesa agar Tun Mahathir tidak melatah dan melompat apabila pihak LHDN menjalankan tugas mereka. 

“Kita yakin prosedur yang sama dilakukan atas mana-mana syarikat tanpa mengira apa jua hubungan kekeluargaan dengan pemimpin negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN