Dr. Mahathir membuat dakwaan itu ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini malam ini.

Menurut Dr. Mahathir akibat memakan dedak rakyat Malayisa membutakan mata, memekakkan telinga dan menutup mulut atas kesalahan yang kononnya dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dedak disumbat masuk sehingga tidak boleh bergerak, bertutur kata, tidak boleh dengar apa-apa pun dan hanya boleh tunduk kepala.

"Inilah Najib yang berjaya menjadikan rakyat Malaysia seperti robot yang tidak boleh berkata-kata dan mendengar dan robot juga tidak perlu bernyawa," ujarnya.